Thursday 7 March 2019

Al-Imran Ayat 120

4.3.120
Juz:
4,Surah:3.

Surah 3, Ayat 120:
.
Ringkasan tafsir;
1. Allah menerangkan tentang kafir itu melihat hal keadaan bertambah baik orang-orang Islam seperti mendapat kemenangan dalam peperangan dan hidup rukun damai dan ramai pula orang-orang masuk Islam, maka berduka-citalah mereka serta berasa sedih.
2. Tetapi jika sekiranya dilihat oleh mereka kesusahan yang menimpa keatas orang Islam serta berlaku perpecahan dikalangan orang Islam, maka mereka berasa suka cita dan sememangnya telah menjadi tabiat mereka.
3.  Kemudian Allah menerangkan pula, sekiranya orang-orang Islam sabar dan takwa dan menjadi amalan mereka setiap hari, sesungguhnya Allah akan menjamin orang Islam terpelihara dari bencana dan perkara yang ditakut-takutkan oleh kafir. (lihat ayat 2 dan 3, Surah At-Talaq).
4. Dan Allah mengulangi lagi, bahawa Allah mengetahui perbuatan mereka yang memusuhi orang-orang Islam dan tidak sesuatu pun yang terlindung disisi Allah.

Ayat 60 hingga 121 berikutnya adalah diturunkan dalam masa berlakunya peristiwa peperangan Uhud, dan turun ayat ini bagi menjadi pengajaran yang sangat berguna kepada umat Islam sebagai panduan supaya “sabar” dan “takwa” dan “ikhlas” berserta dengan “tawakal”.
Hendaklah orang-orang Islam membuat persiapan yang cukup dan pentadbiran urusan yang tersusun dan baik belaka, maka barulah bertawakal dan menyerah semua urusan kepada Allah.

.
[previous] [Next] [Home]


.
Rujukan sumber, 

Juzuk
4, Surah3 
Terjemahan,
111~120,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     


Saturday 30 July 2016

Surah AlBaqarah (203)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 203:
Ringkasan tafsir;
Allah menyuruh orang yang mengerjakan haji itu agar menyebut dan memuji nama Allah, pada selepas sembahayang fardu dan ketika melontar 7 biji batu kerikil masing-masing pada Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Agabah. 

Apabila meninggalkan Mina menuju ke Mekah selama dua hari tasyrik (11 dan 12 Zulhijah) maka bolehlah beredar dan jangan terlambat sampai matahari terbenam masuk ke malam 13 (Nafal Awwal) dan jika sampai pada malamnya maka wajiblah tunggu hingga ke 13 (Nafal sani) dan barulah beredar pergi ke Mekah. Oleh itu kedua-dua cara diatas boleh dipilih bagi orang yang bertakwa kepada Allah. ,


[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  201~202,
 [GS] https://t.co/XtoMGv3u7G
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan

[G+] https://plus.google.com/109478786651599956117/posts/XZhc3RBxgbS
[Tw] https://twitter.com/N52Sulabayan/status/759371958051942400




.