4.3.120
Juz:4,Surah:3.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 120:
.
.
Ringkasan tafsir;
1. Allah
menerangkan tentang kafir itu melihat hal keadaan bertambah baik orang-orang
Islam seperti mendapat kemenangan dalam peperangan dan hidup rukun damai dan
ramai pula orang-orang masuk Islam, maka berduka-citalah mereka serta berasa
sedih.
2.
Tetapi jika sekiranya dilihat oleh mereka kesusahan yang menimpa keatas orang
Islam serta berlaku perpecahan dikalangan orang Islam, maka mereka berasa suka
cita dan sememangnya telah menjadi tabiat mereka.
3. Kemudian Allah menerangkan pula, sekiranya
orang-orang Islam sabar dan takwa dan menjadi amalan mereka setiap hari,
sesungguhnya Allah akan menjamin orang Islam terpelihara dari bencana dan
perkara yang ditakut-takutkan oleh kafir. (lihat ayat 2 dan 3, Surah At-Talaq).
4. Dan
Allah mengulangi lagi, bahawa Allah mengetahui perbuatan mereka yang memusuhi
orang-orang Islam dan tidak sesuatu pun yang terlindung disisi Allah.
Ayat 60
hingga 121 berikutnya adalah diturunkan dalam masa berlakunya peristiwa
peperangan Uhud, dan turun ayat ini bagi menjadi pengajaran yang sangat berguna
kepada umat Islam sebagai panduan supaya “sabar” dan “takwa” dan “ikhlas”
berserta dengan “tawakal”.
Hendaklah
orang-orang Islam membuat persiapan yang cukup dan pentadbiran urusan yang
tersusun dan baik belaka, maka barulah bertawakal dan menyerah semua urusan
kepada Allah.
.
[previous] [Next] [Home]
.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 111~120,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
.
[previous] [Next] [Home]
.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 111~120,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
No comments:
Post a Comment